Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012



Salam Aidilfitri buat semua... walaupun Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi kannnnn

Tahun ni kami semua beraya di KL sebelum pulang beraya di Mersing.  As usual, bila beraya di KL konsep PotLuck lah....masing masing akan bawa juadah sendiri.  Ummi n family, kami bawa Rendang Tok Daging dan ketupat segera.  Ketupat tu, hasben ummi masak 8 jam dengan api yang sederhana...hasilnya cantik sangat ketupat tu bila di potong....halus  jer....

 Tengok lah....banyak juadah raya di atas meja.....apa lagi, kerja makan jer lah kami semua. hahahahaha


Monday, May 9, 2011

Doa Ummi buat Suami tersayang....


 Ya Allah Ya Tuhanku,

 
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah Ya Tuhanku,



Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu

Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah,



Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu

Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri

Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu

Sekiranya aku ingkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu



Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa rahmatMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu



Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa di hati suamiku

juga ibu contoh buat zuriatku ..
 
Makbulkan lah doaku Ya Allah!

Peliharalah rumahtangga kami & berikanlah keberkatan kepada kami. Murahkanlah & janganlah Engkau putuskan rezeki kami.

Jauhilah kami dari apa jua bahaya & kemudaratan di dunia & di akhirat.

Kurniakanlah kami zuriat yang baik dari sisimu.

Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar Doa.



Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

Ummi...Mother...Mama....Mak....Mummy.....

Ummi & Mak


A Great Mum Is Like A Good Bra.....

Hard to find....Supportive,
Comfortable.... Always lifts you Up,
Never lets you down or leaves you hanging and......
is always close to your Heart...

Mak, I love you so much.

When Ummi Take a Break



Last weekend, Ummi sefamily pergi ke Lost World of Tambun.....buat Aiman & Irfan...memang lah seronok sangat. Mereka berdua ni memang sukakan air....

Selain bermandi manda, ada juga permainan permainan air yang menarik untuk di cuba...macam yang kat bawah ni....
Hanya Abah & Irfan yang mencuba slides ni....Irfan cakap...bestttt

InsyaAllah, kami akan datang lagi ke sini....belum habis explore tempat ni lagi.

Ummi Wedding Anniversary


Tarikh ini 9hb May 2011....tarikh bersejarah antara aku dan 'dia'.

13tahun sudah kami melayari dengan bahtera berumah tangga.

Dikurniakan 2 putera yang comel dan cerdik. (Moga jadi Putera-putera Ummi yang Soleh juga)

Alhamdulillah. Moga Allah memanjang kan jodoh kami hingga ke Syurga. Amin.

Syukur......

Ummi bersyukur kehadrat Allah SWT dikurniakan dua orang putera yang sihat walafiat.

Artikle di petik dari SaifulIslam.com.


Kata al-Imam al-Raghib, kalimah Syukur (شكر) itu adalah keterbalikan kalimah (كشر) yang memberi maksud (الكشف) yakni terbuka.


Lawan SYUKUR ialah KUFUR dan kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab.


Orang yang bersyukur sentiasa nampak. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada.


Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada.

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.





“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]




Mari bersyukur.

Ia rawatan jiwa untuk bahagia.

Tuesday, April 26, 2011

When Ummi Reads Book - Retire Young Retire Rich


Inilah buku yang sedang Ummi baca....Retire Young Retire Rich....adakah Ummi dah nak pencen or Ummi nak pencen muda....Tidak....belum masanya lagi untuk Ummi pencen....awal lagi...banyak benda yang Ummi nak belajar dari pekerjaan Ummi sekarang.

Idea untuk mencari dan membaca buku ni datang dari Mentor Ummi....Dr Azizan Osman...siapa?
ni hah....
                                   Dr.Azizan Osman-CEO Richworks Human Capital Development

Berbalik pada buku yang Ummi sedang baca RYRR by Robert T.Kiyosaki....buku ni banyak membuka minda Ummi....generally buku ni cuba memberitahu kita bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini.  Apa yang pasti...it all about "Mind Game" if you really want it...you will go for it....focus dan set your mind towards your ultimate goals.

Dalam buku ini juga di ajar agar ready for failure.....kerana, untuk melonjak ke atas atau mencapai kejayaan, kita kena bersedia jatuh.  Jatuh tidak bererti gagal....Jatuh membuat kita lebih kental dan kuat dalam menghadapi sebarang rintangan.  Ummi banyak mendapat faedah dan idea idea dalam menangani sesuatu perkara untuk berjaya. InsyaAllah.

Monday, April 25, 2011

Gundah Gulana

Pagi pagi lagi Ummi dikejutkan dengan "Statement" dari kawan.....hatinya rasa libang libu...aka..gundah gulana... Concern hal diri kawan tersebut...Ummi menghubunginya...katanya, "ntahlah....rasa tak sedap hati jer...." Kenapa ye? Buat kawan Ummi, istigfar dan berzikir lah banyak banyak yer...moga diberikan ketenangan dari Nya.

Buat sis MC...jangan sedih sedih yer....Zikir banyak banyak.

Wednesday, March 9, 2011

Wanita oh wanita...

Petikan ini di ambil dari "I luv Islam .com"....mari kita hayati bersama.

alt

Rama Rama vs Wanita..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.




Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.



Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.



Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.



Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.



Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.



Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]



Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Tuesday, March 8, 2011

Woman Day @ Hari Wanita

Salam buat semua....

Bila baca title di atas, terfikir apa yang significant nya pasal Hari Wanita ni ?

Pagi tadi waktu menonton Malaysia Hari Ini....memetik kata kata Wardina, Pengacara MHI..."Hari Wanita ni datangnya dari Barat yang meletak kan setiap 8hb March sebagai hari memperigati kaum Wanita...tapi, sebenarnya, bagi kita orang Islam..Wanita telah sekian lama di martabatkan..hingga dalam Al-Quran sendiri ada surah khas untuk Wanita...Surah An Nisa... Rasulullah SAW merupakan orang pertama yang memperingati and mempertabatkan kaum wanita. Aku setuju sangat sangat dengan kata kata Wardina.

Siapakah Wanita yang memberi kesan di hati ku....sudah semestinya Hajah Noraini.Abd Samad, ibu ku yang ku panggil mak.

Aku & mak -  gambar di ambil semasa kami bercuti bersama (2010)


Hj Mokhtar Mohamad (Abah) & Hajah Noraini Abd Samad (Mak) - sudah 4 dekad mereka bersama.
Mak yang menjadi sumber kekuatanku. 

Selamat Hari Wanita buat semua wanita yang berada di luar sana.  Semoga kita dapat menjadi Wanita Solehah. Amin