Monday, May 9, 2011

Doa Ummi buat Suami tersayang....


 Ya Allah Ya Tuhanku,

 
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah Ya Tuhanku,



Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu

Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah,



Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu

Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri

Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu

Sekiranya aku ingkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu



Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa rahmatMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu



Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa di hati suamiku

juga ibu contoh buat zuriatku ..
 
Makbulkan lah doaku Ya Allah!

Peliharalah rumahtangga kami & berikanlah keberkatan kepada kami. Murahkanlah & janganlah Engkau putuskan rezeki kami.

Jauhilah kami dari apa jua bahaya & kemudaratan di dunia & di akhirat.

Kurniakanlah kami zuriat yang baik dari sisimu.

Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar Doa.



Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

Ummi...Mother...Mama....Mak....Mummy.....

Ummi & Mak


A Great Mum Is Like A Good Bra.....

Hard to find....Supportive,
Comfortable.... Always lifts you Up,
Never lets you down or leaves you hanging and......
is always close to your Heart...

Mak, I love you so much.

When Ummi Take a Break



Last weekend, Ummi sefamily pergi ke Lost World of Tambun.....buat Aiman & Irfan...memang lah seronok sangat. Mereka berdua ni memang sukakan air....

Selain bermandi manda, ada juga permainan permainan air yang menarik untuk di cuba...macam yang kat bawah ni....
Hanya Abah & Irfan yang mencuba slides ni....Irfan cakap...bestttt

InsyaAllah, kami akan datang lagi ke sini....belum habis explore tempat ni lagi.

Ummi Wedding Anniversary


Tarikh ini 9hb May 2011....tarikh bersejarah antara aku dan 'dia'.

13tahun sudah kami melayari dengan bahtera berumah tangga.

Dikurniakan 2 putera yang comel dan cerdik. (Moga jadi Putera-putera Ummi yang Soleh juga)

Alhamdulillah. Moga Allah memanjang kan jodoh kami hingga ke Syurga. Amin.

Syukur......

Ummi bersyukur kehadrat Allah SWT dikurniakan dua orang putera yang sihat walafiat.

Artikle di petik dari SaifulIslam.com.


Kata al-Imam al-Raghib, kalimah Syukur (شكر) itu adalah keterbalikan kalimah (كشر) yang memberi maksud (الكشف) yakni terbuka.


Lawan SYUKUR ialah KUFUR dan kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab.


Orang yang bersyukur sentiasa nampak. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada.


Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada.

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.





“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]




Mari bersyukur.

Ia rawatan jiwa untuk bahagia.