Sunday, November 22, 2009

Ummi @ Kitchen-Weekend




Karipap Bakar

Last weekend....Ummi rasa rajin dan terpanggil untuk membuat Karipap Bakar. Lama dah tak makan karipap bakar ni.  Disebabkan teringin sangat nak makan, malam itu juga Ummi mengelim dan membakarnya, dapat juga bagi pada jiran sebelah untuk merasa Karipap Bakar.


Cuaca yang mendung dan sejuk membuat kan Ummi teringat suasana di Kampung.  Bila tiba bulan Disember or hujung hujung tahun selalunya hujan turun lebih kerap di sebelah pantai timur Johor.  Kampung Ummi terletak di pantai timur Johor.....Bila dah sejuk dan aktiviti luar tak boleh dilaksanakan, maka....perut akan kerap 'berbunyi'. Jadi, apa jua yang dihidangkan untuk makan tengahari akan habis dimakan dengan seleranya....Tiba tiba....teringatkan asam pedas mak Ummi....alangkah sedapnya bila dimakan dengan nasi panas dan ikan selayang yang di goreng garing....

Asam pedas Ikan Duri @ Mayong


Ikan Selayang Goreng Berlada

Kobis goreng bersama daging hancur....sedap

Wednesday, November 18, 2009

Ummi @ Anugerah Kecemerlangan

Baru baru ni....Ummi berkesempatan untuk ke Anugerah Kecemerlangan Sekolah anak-anak Ummi.  Nampaknya tahun ni Irfan jer yang dapat hadiah kecemerlangan.  Best Student for year 2...Alhamdulillah.  Aiman, missed the prize....for this year...no worries Long, next year boleh buat lebih baik lagi...  Irfan pula....tak boleh leka...kena teruskan berusaha.






Tahun ni, Ummi kena panjat tangga sekolah untuk ke dewan tinggkat 3. Bagi tahun tahun yang sebelumnya...upacara ini di adakan di dewan perhimpunan pelajar di ground floor.  Memandangkan pihak sekolah sedang menjalankan pengubahsuaian pada dewan terbuka tersebut....maka, upacara tahun ini di tukarkan ke tingkat 3. 

Pada pendapat Ummi...dewan tingkat 3 tu agak sempit....kurang sesuai lah untuk upacara upacara yang besar macam ni.  Effort yang diberikan dan di tunjukkan oleh pihak sekolah perlu dihargai...cuma, apa yang Ummi boleh katakan di sini, macam kurang persiapan atau 'layman nyer' persiapan ala kadar jer.  Mana tak nya, apabila di minta semua yang hadir bangun untuk memberi penghormatan pada lagu NegaraKu, lagu Wilayah dan lagu Sekolah.....bunyi lagu tidak kedengaran....sound trouble.  Bukannya 'Pekak' tapi.....bunyi lagu yang dimainkan tidak kedengaran di corong speaker.  Hati Ummi tertanya tanya, tak ada buat sound check ker sebelum upacara dilangsungkan.... tak ada rehearsal ker?  Hmmmm Ummi ni pandai komplen jer...

Ummi rasa, kalau kita atau sekolah berkehendakan para pelajar cemerlang, alert dan bagus dalam segala hal....guru guru perlulah menjadi 'IKON' sebegitu juga.  Ummi berpengalaman menghantar Aiman & Irfan bersekolah Tadika swasta semasa mereka berumur 5 & 6 tahun.  Setiap tahun sekolah 'Tadika Kembara' akan mengadakan acara sukan sekolah-mini Olimpik, sambutan hari kanak kanak, perarakkan Maulidur Rasul dan lain lain lagi termasuklah Konsert akhir tahun yang lebih dikenali sebagai Graduation Nite....apa yang Ummi boleh lihat disini, persiapan yang dilakukan adalah lebih teliti....kemas dan sangat sedikit kepincangan yang ada...itupun kalau ada. Sekolah rendah bilangan muridnya lebih ramai berbanding sekolah tadika...BETUL....tapi apa yang Ummi cuba ketengahkan disini adalah sikap guru-guru dan pembantu yang bersungguh-sungguh untuk melihat acara yang mereka lakukan itu berjaya dengan sempurna. 

Seingat Ummi dulu, masa Ummi bersekolah dulu....bila akhir tahun akan di adakan konsert di sekolah, murid murid tahun 5 & 6 lah yang paling sibuk dan akan menjadi AJK bagi membantu para guru untuk menjayakan upacara akhir tahun . 

Ummi doakan agar para guru di SKSS diberikan kemudahan dan kesejahteraan dalam menjalankan apa jua aktiviti aktiviti untuk para murid lebih berjaya dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, November 15, 2009

When Ummi bake.....cookies

Last sunday (15/11) Ummi registered to join Designer Cookies class....
Kelas apa pulak tu..... kelas tu mengajar kita buat biskut (cakap Melayu nya)
dan kita juga di ajar menghias biskut biskut tersebut dengan Royal Icing, Fondant & Gumpaste.

Seperti yang semua maklum...Ummi ni bukanlah pandai buat biskut maupun cake...
Selalunya....Ummi Ngah & Ummi Su yang pandai buat cake dan biskut ni....Ummi..Out.

Demi memajukan diri sendiri....ewah
Ummi pun registerlah untuk pergi belajar buat biskut..... Yang menarik mengenai kelas membuat biskut ni
adalah part design tu.... Ummi ni memang suka melukis...dan mengubah.... di situlah yang membuat Ummi
seronok meng'apply' kan bakat yang ada....

Lynn (My Hadiah) my teacher - mengajar dari mula menimbang tepung...mengayak tepung sampai bab menguli adunan, membakar dan akhir sekali menghias biskut biskut yang telah di buat.


Doh "Ginger Cookies" di canai dan di terap



Biskut biskut yang sudah siap di bakar- baunya wangi semerbak



Menghias biskut biskut mengunakan teknik 'Colour Flow'



Diantara hasil Colour Flow


Biskut yang di hias dengan Fondant


Decorate ikut suka jer


Hasil-hasil kerja tangan ku.....I like


"Ummi Cookies - Signature"


Patern ni...sesuai untuk Wedding gift...kan?


Masa untuk packing pula...

Ummi & Aiman Irfan @ Kitchen - Weekend

Aiman & Irfan memang suka ke dapur.....suka cuba sesuatu yang baru pada mereka.  Weekend baru baru ni, Aiman & Irfan nak makan wedges buatan sendiri...pagi-pagi lagi dah ke kedai runcit belakang rumah untuk beli kentang RM2-00.  Lepas mereka 'peel' kulit-kulit kentang tu...Aiman sediakan bahan untuk 'marinade' kentang tu sekejap.  Bahan-bahan yang di gunakan untuk 'marinade' Garam, Tepung Jagung dan Rempah kari daging-Faiza brand.

Bila dah hampir 10min di perap.....'Wedges' tadi pun siap untuk di goreng..... sedap di makan panas panas atau boleh di letakkan kepingan kepingan cheese yang telah di potong untuk dimakan bersama dengan wedges tu tadi.....

Ini antara gambar gambar my Lil Chef @ work.


Aiman & Irfan - Kitchen in action






Alamak! Lesung Batu pun nak interframe.

Monday, November 9, 2009

When U merapu.....

Bold the things you've done and post on your blog!




1. Started your own blog- When Ummi Speaks


2. Slept under the stars

3. Played in a band

4. Visited Hawaii and danced on a lava cliff with the roar of the Pacific below.

5. Watched a meteor shower

6. Given more than you can afford to charity

7. Been to Disneyland

8. Climbed a mountain

9. Held a praying mantis

10. Sang a solo - ada kot

11. Bungee jumped

12. Visited Paris

13. Watched a lightning storm at sea

14. Taught yourself an art from scratch - knitting, beading etc

15. Adopted a child

16. Had food poisoning - baru jer recover

17. Walked to the top of the Statue of Liberty

18. Grown your own vegetablesPokok kari, serai, daun pandan.....itu consider vege gak

19. Seen the Mona Lisa in France

20. Slept on an overnight train

21. Had a pillow fight

22. Hitch hiked

23. Taken a sick day when you’re not ill -hehehe

24. Built a snow fort

25. Held a lamb well- Bukan kat farm tapi kat Zoo

26. Gone skinny dipping

27. Run a Marathon- apa bezanya ngan merentas desa....

28. Ridden in a gondola in Venice

29. Seen a total eclipse in a bucket of water when i was really small, also Halley's comet!

30. Watched a sunrise or sunset - I did it when I was at Tioman....cantekk

31. Hit a home run in softball and rounders,

32. Been on a cruise

33. Seen Niagara Falls in person

34. Visited the birthplace of your ancestors

35. Seen an Amish community

36. Taught yourself a new language - Cakap Jawa

37. Had enough money to be truly satisfied
38. Seen the Leaning Tower of Pisa in person

39. Gone rock climbing

40. Seen Michelangelo’s David Both the original and the copy which stands in the original's original place

41. Sung karaoke - Selalu gak

42. Seen Old Faithful geyser erupt

43. Bought a stranger a meal at a restaurant

44. Visited Africa

45. Walked on a beach by moonlight - kat Tioman

46. Been transported in an ambulance

47. Had your portrait painted not painted- Gift from somebody
48. Gone deep sea fishing

49. Seen the Sistine Chapel in person

50. Been to the top of the Eiffel Tower in Paris

51. Gone scuba diving or snorkeling - Tioman & Sabah

52. Kissed in the rain

53. Played in the mud

54. Gone to a drive-in theater

55. Been in a movie insert casting couch joke here

56. Visited the Great Wall of China

57. Started a business

58. Taken a martial arts class - Karate Do

59. Visited Russia

60. Served at a soup kitchen

61. Sold Girl Scout Cookies

62. Gone whale watching=

63. Got flowers for no reason

64. Donated blood, platelets or plasma

65. Gone sky diving

66. Visited a Nazi Concentration Camp

67. Bounced a check

68. Flown in a helicopter

69. Saved a favorite childhood toy

70. Visited the Lincoln Memorial

71. Eaten Caviar

72. Pieced a quilt not a great result

73. Stood in Times Square - KL punyer adalah

74. Toured the Everglades

75. Been fired from a job

76. Seen the Changing of the Guards in London

77. Broken a bone

78. Been on a speeding motorcycle - Zaman sekolah dulu dulu..

79. Seen the Grand Canyon in person

80. Published a book

81. Visited the Vatican

82. Bought a brand new car - Waja...until now still driving it

83. Walked in Jerusalem

84. Had your picture in the newspaper - I was 14 or 15 (PI Camping)

85. Kissed a stranger at midnight on New Year's Eve

86. Visited the White House

87. Killed and prepared an animal for eating

88. Had chickenpox

89. Saved someone’s life

90. Sat on a jury

91. Met someone famous outside of Malaysia?

92. Joined a book club

93. Lost a loved one - other than grandparents, none, fortunately

94. Had a baby - Yes...2

95. Seen the Alamo in person

96. Swam in the Great Salt Lake

97. Been involved in a law suit

98. Owned a cell phone - 1998

99. Been stung by a bee - Banyak kali gak....ouchh

Monday, November 2, 2009

Jalan Jalan Makan Sate...


Tempting tak?

31/10/2009-  Hari Jalan jalan ngan whole family.....Mak Abah pun ada...bestnyer.
Kami semua ke Tanjung Karang...semata mata nak makan Sate.  Sate Hut -  Famous outlet for Sate... not only Sate....ada Special ABC seperti gambar di atas. Nak comment sikit pasal ABC ni... Ummi bagi 4 star for this ABC, presentation yang menarik, warna warna yang di gunakan pun 'mengancam' dan yang penting....rasanya yang sedap...tidak terlampau manis. Acceptable lah.

Perjalanan Ummi dan family ke Tanjung Karang mengambil masa hampir 2jam....(Dari Puchong, Selangor). Sepanjang perjalanan ada banyak gerai gerai di tepi jalan yang menjual buah-buahan tempatan....(sekarang ni musim rambutan) dan juga menjual bantal-bantal Kekabu...

Program Jalan Jalan Makan Sate ni di 'sponsor' oleh Kak Ngah...Thank you Kak Ngah.... 'Zakat' gaji..kata nya. Restoran Sate Hut ni terletak di tepi jalan berhadapan dengan RHB Bank.  Senang jer kalau nak cari, terpampang besar papan tanda restoran ini.  Cuma kita perlu buat U Turn untuk masuk ke restoran tersebut.


Irfan & Pak Ngah sabar menanti Sate....Laparrrrr


Mana Sate ni Ummi....Aiman layan Milo Ais lah dulu.


Tok Bah & Tok Mak ...pun ada sama.


UmmiSu & UmmiNgah.


    Ummi & Abah....we enjoy this trip.

Ketika Ummi and family tiba di Sate Hut....ada lebih kurang 20 orang pelanggan sedang menjamu selera...selepas itu semakin ramai pelanggan yang datang dan ketika Ummi & family nak berangkat pulang, Sate Hut telah pun di penuhi oleh para pelanggan.  Apa yang menjadi 'set back' di Sate Hut....adalah parking lot yang amat limited. Jadi, pada mereka yang datang lambat...kenalah park kereta di tepi-tepi jalan..agak merbahaya.


Inilah rupanya Nasi Goreng Afrika...Sedap gak.


Inilah dia 'Giant' Sate yang ada di Sate Hut....Lazat


Lihatlah betapa besarnya saiz Sate dengan tangan Ummi.

Bila sebut pasal harga.....Ummi rasa sangat reasonable.  Sate biasa RM0.60 secucuk dan Sate XL RM1.10 secucuk.  Rasa yang sedap...rempah ratus yang digunakan pun terasa....kuah sate pun enak...apa lagi....puas hatilah !  Berbaloi perjalanan kami kesana walaupun jauh.