Sunday, November 22, 2009

Ummi @ Kitchen-Weekend




Karipap Bakar

Last weekend....Ummi rasa rajin dan terpanggil untuk membuat Karipap Bakar. Lama dah tak makan karipap bakar ni.  Disebabkan teringin sangat nak makan, malam itu juga Ummi mengelim dan membakarnya, dapat juga bagi pada jiran sebelah untuk merasa Karipap Bakar.


Cuaca yang mendung dan sejuk membuat kan Ummi teringat suasana di Kampung.  Bila tiba bulan Disember or hujung hujung tahun selalunya hujan turun lebih kerap di sebelah pantai timur Johor.  Kampung Ummi terletak di pantai timur Johor.....Bila dah sejuk dan aktiviti luar tak boleh dilaksanakan, maka....perut akan kerap 'berbunyi'. Jadi, apa jua yang dihidangkan untuk makan tengahari akan habis dimakan dengan seleranya....Tiba tiba....teringatkan asam pedas mak Ummi....alangkah sedapnya bila dimakan dengan nasi panas dan ikan selayang yang di goreng garing....

Asam pedas Ikan Duri @ Mayong


Ikan Selayang Goreng Berlada

Kobis goreng bersama daging hancur....sedap

No comments:

Post a Comment