Wednesday, November 18, 2009

Ummi @ Anugerah Kecemerlangan

Baru baru ni....Ummi berkesempatan untuk ke Anugerah Kecemerlangan Sekolah anak-anak Ummi.  Nampaknya tahun ni Irfan jer yang dapat hadiah kecemerlangan.  Best Student for year 2...Alhamdulillah.  Aiman, missed the prize....for this year...no worries Long, next year boleh buat lebih baik lagi...  Irfan pula....tak boleh leka...kena teruskan berusaha.






Tahun ni, Ummi kena panjat tangga sekolah untuk ke dewan tinggkat 3. Bagi tahun tahun yang sebelumnya...upacara ini di adakan di dewan perhimpunan pelajar di ground floor.  Memandangkan pihak sekolah sedang menjalankan pengubahsuaian pada dewan terbuka tersebut....maka, upacara tahun ini di tukarkan ke tingkat 3. 

Pada pendapat Ummi...dewan tingkat 3 tu agak sempit....kurang sesuai lah untuk upacara upacara yang besar macam ni.  Effort yang diberikan dan di tunjukkan oleh pihak sekolah perlu dihargai...cuma, apa yang Ummi boleh katakan di sini, macam kurang persiapan atau 'layman nyer' persiapan ala kadar jer.  Mana tak nya, apabila di minta semua yang hadir bangun untuk memberi penghormatan pada lagu NegaraKu, lagu Wilayah dan lagu Sekolah.....bunyi lagu tidak kedengaran....sound trouble.  Bukannya 'Pekak' tapi.....bunyi lagu yang dimainkan tidak kedengaran di corong speaker.  Hati Ummi tertanya tanya, tak ada buat sound check ker sebelum upacara dilangsungkan.... tak ada rehearsal ker?  Hmmmm Ummi ni pandai komplen jer...

Ummi rasa, kalau kita atau sekolah berkehendakan para pelajar cemerlang, alert dan bagus dalam segala hal....guru guru perlulah menjadi 'IKON' sebegitu juga.  Ummi berpengalaman menghantar Aiman & Irfan bersekolah Tadika swasta semasa mereka berumur 5 & 6 tahun.  Setiap tahun sekolah 'Tadika Kembara' akan mengadakan acara sukan sekolah-mini Olimpik, sambutan hari kanak kanak, perarakkan Maulidur Rasul dan lain lain lagi termasuklah Konsert akhir tahun yang lebih dikenali sebagai Graduation Nite....apa yang Ummi boleh lihat disini, persiapan yang dilakukan adalah lebih teliti....kemas dan sangat sedikit kepincangan yang ada...itupun kalau ada. Sekolah rendah bilangan muridnya lebih ramai berbanding sekolah tadika...BETUL....tapi apa yang Ummi cuba ketengahkan disini adalah sikap guru-guru dan pembantu yang bersungguh-sungguh untuk melihat acara yang mereka lakukan itu berjaya dengan sempurna. 

Seingat Ummi dulu, masa Ummi bersekolah dulu....bila akhir tahun akan di adakan konsert di sekolah, murid murid tahun 5 & 6 lah yang paling sibuk dan akan menjadi AJK bagi membantu para guru untuk menjayakan upacara akhir tahun . 

Ummi doakan agar para guru di SKSS diberikan kemudahan dan kesejahteraan dalam menjalankan apa jua aktiviti aktiviti untuk para murid lebih berjaya dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

2 comments: