Monday, May 9, 2011

Doa Ummi buat Suami tersayang....


 Ya Allah Ya Tuhanku,

 
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan



Ya Allah Ya Tuhanku,



Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu

Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi Ya Allah,



Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu

Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri

Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu

Sekiranya aku ingkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu



Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa rahmatMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu



Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku,



Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa di hati suamiku

juga ibu contoh buat zuriatku ..
 
Makbulkan lah doaku Ya Allah!

Peliharalah rumahtangga kami & berikanlah keberkatan kepada kami. Murahkanlah & janganlah Engkau putuskan rezeki kami.

Jauhilah kami dari apa jua bahaya & kemudaratan di dunia & di akhirat.

Kurniakanlah kami zuriat yang baik dari sisimu.

Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar Doa.



Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

Ummi...Mother...Mama....Mak....Mummy.....

Ummi & Mak


A Great Mum Is Like A Good Bra.....

Hard to find....Supportive,
Comfortable.... Always lifts you Up,
Never lets you down or leaves you hanging and......
is always close to your Heart...

Mak, I love you so much.

When Ummi Take a Break



Last weekend, Ummi sefamily pergi ke Lost World of Tambun.....buat Aiman & Irfan...memang lah seronok sangat. Mereka berdua ni memang sukakan air....

Selain bermandi manda, ada juga permainan permainan air yang menarik untuk di cuba...macam yang kat bawah ni....
Hanya Abah & Irfan yang mencuba slides ni....Irfan cakap...bestttt

InsyaAllah, kami akan datang lagi ke sini....belum habis explore tempat ni lagi.

Ummi Wedding Anniversary


Tarikh ini 9hb May 2011....tarikh bersejarah antara aku dan 'dia'.

13tahun sudah kami melayari dengan bahtera berumah tangga.

Dikurniakan 2 putera yang comel dan cerdik. (Moga jadi Putera-putera Ummi yang Soleh juga)

Alhamdulillah. Moga Allah memanjang kan jodoh kami hingga ke Syurga. Amin.

Syukur......

Ummi bersyukur kehadrat Allah SWT dikurniakan dua orang putera yang sihat walafiat.

Artikle di petik dari SaifulIslam.com.


Kata al-Imam al-Raghib, kalimah Syukur (شكر) itu adalah keterbalikan kalimah (كشر) yang memberi maksud (الكشف) yakni terbuka.


Lawan SYUKUR ialah KUFUR dan kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab.


Orang yang bersyukur sentiasa nampak. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada.


Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada.

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.





“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]




Mari bersyukur.

Ia rawatan jiwa untuk bahagia.

Tuesday, April 26, 2011

When Ummi Reads Book - Retire Young Retire Rich


Inilah buku yang sedang Ummi baca....Retire Young Retire Rich....adakah Ummi dah nak pencen or Ummi nak pencen muda....Tidak....belum masanya lagi untuk Ummi pencen....awal lagi...banyak benda yang Ummi nak belajar dari pekerjaan Ummi sekarang.

Idea untuk mencari dan membaca buku ni datang dari Mentor Ummi....Dr Azizan Osman...siapa?
ni hah....
                                   Dr.Azizan Osman-CEO Richworks Human Capital Development

Berbalik pada buku yang Ummi sedang baca RYRR by Robert T.Kiyosaki....buku ni banyak membuka minda Ummi....generally buku ni cuba memberitahu kita bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini.  Apa yang pasti...it all about "Mind Game" if you really want it...you will go for it....focus dan set your mind towards your ultimate goals.

Dalam buku ini juga di ajar agar ready for failure.....kerana, untuk melonjak ke atas atau mencapai kejayaan, kita kena bersedia jatuh.  Jatuh tidak bererti gagal....Jatuh membuat kita lebih kental dan kuat dalam menghadapi sebarang rintangan.  Ummi banyak mendapat faedah dan idea idea dalam menangani sesuatu perkara untuk berjaya. InsyaAllah.

Monday, April 25, 2011

Gundah Gulana

Pagi pagi lagi Ummi dikejutkan dengan "Statement" dari kawan.....hatinya rasa libang libu...aka..gundah gulana... Concern hal diri kawan tersebut...Ummi menghubunginya...katanya, "ntahlah....rasa tak sedap hati jer...." Kenapa ye? Buat kawan Ummi, istigfar dan berzikir lah banyak banyak yer...moga diberikan ketenangan dari Nya.

Buat sis MC...jangan sedih sedih yer....Zikir banyak banyak.

Wednesday, March 9, 2011

Wanita oh wanita...

Petikan ini di ambil dari "I luv Islam .com"....mari kita hayati bersama.

alt

Rama Rama vs Wanita..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.




Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.



Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.



Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.



Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.



Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.



Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]



Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Tuesday, March 8, 2011

Woman Day @ Hari Wanita

Salam buat semua....

Bila baca title di atas, terfikir apa yang significant nya pasal Hari Wanita ni ?

Pagi tadi waktu menonton Malaysia Hari Ini....memetik kata kata Wardina, Pengacara MHI..."Hari Wanita ni datangnya dari Barat yang meletak kan setiap 8hb March sebagai hari memperigati kaum Wanita...tapi, sebenarnya, bagi kita orang Islam..Wanita telah sekian lama di martabatkan..hingga dalam Al-Quran sendiri ada surah khas untuk Wanita...Surah An Nisa... Rasulullah SAW merupakan orang pertama yang memperingati and mempertabatkan kaum wanita. Aku setuju sangat sangat dengan kata kata Wardina.

Siapakah Wanita yang memberi kesan di hati ku....sudah semestinya Hajah Noraini.Abd Samad, ibu ku yang ku panggil mak.

Aku & mak -  gambar di ambil semasa kami bercuti bersama (2010)


Hj Mokhtar Mohamad (Abah) & Hajah Noraini Abd Samad (Mak) - sudah 4 dekad mereka bersama.
Mak yang menjadi sumber kekuatanku. 

Selamat Hari Wanita buat semua wanita yang berada di luar sana.  Semoga kita dapat menjadi Wanita Solehah. Amin

Monday, February 28, 2011

My Passion

I've explore my new passion ......what is that???? Baking....those day...nak tolong mak wat biskut raya pun tak suka....panas dok tepi oven Butterfly hitam mak tuuu...tapi bila tang makan biskut raya....pantang ada yang dasarnya gelap sikit....semuanya kena "ngap"...

since last 2 years (cepat betul masa berlalu) I've take a step to registered Baking -Basic Cupcakes Class.....Alhamdulillah...apa saja yang di kongsi di kelas baking...di praktik kan di dapur sendiri membuahkan hasil yang baik. 

Last weekend...I've tried to bake the Princess Cake...for my niece birthday celebration..(actually, this is my 1st time trying to do it after my lesson class)  I've tried to bake "Pound Cake - Hana family blog" I just follow step by step according to the resepi...and the cake turn very nice.... best....Thank you Hana for sharing the resepi.

The base of the Princess Cake -Pound Cake

Princess Dress

Tarraaaa.....Ini lah hasil nya...
Princess in the Garden.

Everybody loves the cake....sampai sayang nak makan.....janganlah gitu...kena makan baru tau sedap ke tidak....kannnn



Saturday, February 12, 2011

Weekend XTVT

"Tau Ummi nak masak apa hari ni".....itulah yang keluar dari mulut putera ke 2 ku...bila tercium bau menyerbak hasil rebusan tulang lembu yang di rebus di dapur.  Berapa lama nak rebus tulang tu eks? Itu soalan yang menerjah dalam kotak fikiran....3jam cukuplah kot....start rebus pukul 8.30 tadi....11.30am dah boleh empok daging yang ada terlekat di tulang2 tu.  Selalunya apa gandingan hebat sup tulang kiranya di makan dengan nasi putih? Sekali lagi fikiran ku berlegar2 mencari jawapan yang tak pasti....wah, dah rupa lirik lagu pulak.

Aku melihat, gandingan ikan goreng garing dan sambal belacan gandingan mantap juadah makan tengahari Ahad ni.....sementara Abang Z sibuk mencuci lantai yang kotor di ruang luar rumah (maklumlah, bakal jiran ku di sebelah sedang mengubah suai rumah.....maka, kotoran dari habuk2 kayu dan batu berserakkan masuk ke ruang depan rumah kami) aku pulak, menyediakan juadah tengahari untuk santapan kami sekeluarga.

Bersambung pada kisah sup tulang tadi, aku ada masukkan kentang dan lobak merah dalam sup tadi, bukan apa demi mengalakkan putera putera ku makan sayur....mereka berdua ni...payah nak makan sayur kalau tak bersebab dan kalau tak di suruh. Sedang dok aku mengadap lappy ni, nasi dah ku tinggek kan atas dapur.....

Menceritakan xtvt kami sekeluarga semalam.....dari pagi hingga ke petang kami sekeluarga menghabiskan masa luar rumah....menghadiri majlis perkahwinan rakan sejawat Abang Z.  Seawal 11 pagi kami dah berada dalam kereta menuju ke rumah mempelai pertama di Shah Alam. Pagi tu, bila ku kenangkan putera2 ku yang sering lapar dan dahaga dalam perjalanan....aku pun menyediakan Jejemput Udang dan Teh O untuk bekalan dalam kereta.... Check point pertama ialah Masjid S.Alam....MasyaAllah, cantik sungguh masjid tu.....tapi kami tak lama di sana, berhenti sebentar sementelah menunggu rakan2 pejabat Abang Z yang lain untuk konvoi ke rumah mempelai pertama.  Kumpulan kami antara kumpulan yang paling awal sampai di rumah pengantin....sampai2 jer kami terus menjamu selera...apa yang menarik dan agak lain dari yang lain dalam juadah biasa di sediakan di rumah pengantin iaitu Nasi Briyani dan lauk pauk....ada pulak sambal sotong kembang yang di sediakan sekali....aku memikirkan, apa significant nyer juadah tu dengan Nasi Briyani....ada siapa siapa boleh komen? Takpalah....makan jer apa yang di sediakan oleh keluarga pengantin...lepas makan, sempat juga aku pergi melihat pengantin perempuan dan pasangan dalam bilik penganti...cantik pengantin berbusana berwarna Maroon....berseri.

Tepat jam 12.30pm kami bertolak meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, mempelai ke 2 bertempat di PutraJaya...1jam..melibatkan 7 buah kenderaan ....seronok gak berkonvoi ni...Konvoi yang memakan masa lebih kurang .majlis kali ini di adakan di dewan atau hall yang di tempah khas oleh keluarga pengantin.
Kumpulan kami sampai serentak dengan paluan kompang menandakan mempelai sedang di arak masuk ke dewan untuk bersanding....keadaan dewan agak sesak dengan tetamu jemputan dari keluarga pengantin dari kedua belah pihak. Kali ini, pengantin berpakaian putih sedondon.  Dalam majlis kali ini, ada pertunjukkan pencak silat dan persembahan slides gambar kedua pengantin dari kecil hingga dewasa untuk di kongsi bersama para jemputan.

Selesai makan, berbual dan bergambar dengan pengantin kami pun terus meneruskan perjalanan dengan tujuan masing masing....kami sekeluarga singgah sebentar di Mines Wonderland....dengan tiada tujuan tertentu   kereta di parking dengan bayaran RM2-00...nampak kedai karaoke keluarga.....Abang Z bayar untuk sejam....kami pun singgah bersenam tekak dan peti suara....Aiman Irfan adalah orang yang paling excited....semua skrin di cubanya....cukup sejam kami keluar....meronda ronda dalam Mines....makan Sundae McD.....dan selepas penat....kami pun terus balik ke rumah....

Hmmmm.....nasi kat dapur pun dah kering...cuma tunggu masak jer....lepas ni boleh lah goreng ikan, tumbuk sambal belacan...dan terus makan panas panas......Jom makannnnn.....

Monday, January 31, 2011

Udang Galah.....Rompin

Assalamualaikum buat semua.....
Kekadang tu....tak tau hala tuju blog When Ummi Speak ni.....puncanya bila tiada pendirian tetap dan fokus dalam membentuk sesuatu blog tu....tapi bila di tengok tengokkan kembali....blog ni akan terus menjurus pada aktiviti keluarga Ummi dalam menjalani kehidupan seharian.....

Jadi tidak salah lah sekiranya, Ummi nak kongsikan apa sahaja dalam blog WUS ni.....

Kebelakangan ni....bila ada kelapangan kami sekeluarga tidak lagi terus ke tanah tumpah darahku Mersing....tapi, kami sekeluarga akan bertandang ke rumah UmmiNgah...(adik Ummi) yang terletak di Rompin.
Rasanya, perkara seperti ini akan terus berlanjutan sehinggalah UmmiNgah menimang cahayamata nya yang pertama InsyaAllah pada Ogos 2011...(dapat anak saudara sama bulan kelahiran)

Apa yang "DAHSYAT" nya Rompin ni.....(pinjam sekejap kata2 dari Najmi-peserta RL 2011)
Selain dari Pantai dan Jagung......Rompin pun terkenal dengan Udang Galah nya.....hehehhehe...."My dear Uncle AT....U always smell whenever I drop by to Lompin arrrrr"

Maka, bila dah sampai ke rumah UmmiNgah, tengok plak kat dapur tu ada lah Udang Galah tergolek2 Ummi pun mula lah mencuba kreativiti Ummi mencapurkan bahan2 yang ada kat dapur UmmiNgah tu...untuk menjadikan juadah Udang Galah yang DAHSYAT..... :)

Inilah rupanya hidangan Udang Galah Ah Teng berkari.....yummy



Ada yang bertanya.....macamana nak buat....sonang bah itu....

Setelah udang dibersihkan....make sure ia di goreng terlebih dahulu....half cook...
selepas tu...tumis bawang putih...sampai naik bau, then campak bawang besar yang dihiris....goreng hingga naik bau....selepas itu...letak lah dalam sesudu dua rempah kari...Ummi pakai rempah kari Faiza Brand....Raja Kari....(dah tentu Bumiputra...halal gitew)
Bila rempah dah garing....letaklah cili boh, sos tiram dan sedikit sos tomato....gaul sos tadi hingga pekat....then letaklah udang galah yang telah di goreng terdahulu...akhir sekali...letaklah daun kari...(banyak2 pun tak pa....wangi)  Angkat...dan boleh lah dimakan...dengan nasi atau roti....

Alhamdulillah....sedap rasanya...cubalah.

Tuesday, January 18, 2011

Hijri Camp 1432

Dear All, Ummi pick up this article from Saiful Islam blog...to me, the write up was so touching and sincere from her heart....lets read it.



Assalamualaikum…


To improve oneself is no easy task for an individual to do, especially when it requires time and effort to do so. It’s too easy to slip into a routine whereby the days pass us too quickly as we’re swallowed up by the hurried pace of life in Kuala Lumpur. However, I always felt unsatisfied with my state of life and always wished that something in my life would change so that I could attain happiness. All this time, I suppose I was waiting to have an epiphany of sorts to spur myself on. And in the most unexpected of ways, I did.

On the 16th to 19th of December, I had the pleasure of attending HIJRI Camp in Sepang, Selangor. Held by STC and lead by Ustaz Hasrizal, the four-day camp certainly had a great impact on me. Truthfully, at first I didn’t want to go because my birthday was on the 17th of December, and at the time I much preferred to celebrate it with my friends and family in the comfort of my own home rather than slug in out in the ‘wilderness’ at camp with strangers who I didn’t even know.

BIRTHDAY

After much persuasion, especially by my eldest sister, I agreed to attend the camp, urging myself to be optimistic. The thought of celebrating my sixteenth birthday away from home for the first time in my life was a little melancholy. Being the youngest, I was used to being lavished with attention and gifts by my parents and elder siblings, and so I was reluctant to let that particular blessing go. However, thoughts of university life that awaited me in the near future reminded me that I had to be strong and independent to overcome the coming trials and tribulations of life. And so, I began my sixteenth year of life at camp, surrounded by other fellow muslimah that I’m proud to now call my friends.

Recapping the entire camp experiences might be deemed too long a read, so I’ll just write about certain experiences that I wish to share with others. All in all, I’m very grateful I’m able to share four days of my life with my newfound friends; hopefully we’ll be able to meet again in the future. Who knows, perhaps next year at HIJRI Camp again, but as facilitators? That’s certainly something to think about.

PENGHULUWATI AND THE TOUCH OF AL-MARHUM MAS AFZAL MASARUDIN

I’m not a particularly social person, so it was quite a surprise to be elected Penghuluwati. Being a prefect in Sri Aman does teach us leadership skills after all and I was glad to be given the opportunity to lead. InsyaAllah my experience will make me a stronger, more capable person in the future. The first morning of my sixteenth year was met with some sad news. Ustaz Hasrizal sadly but calmly informed us that one of his past students had passed away. Almarhum Mas Afzal returned to Allah after battling cancer for several years. He played for us a video of Mas Afzal and at that moment, I felt my heart break as I gazed upon my fellow brother in Islam’s strength and determination to make the best of life.


The tagline of the video was ‘Cancer is a word, not a sentence.’ MasyaAllah, that left such an impression upon me. While most of us whine and panic about the most trivial of things—upcoming examinations that we neglected to prepare for, boyfriend problems, etcetera—here is a person who has spent each day of his life striving to earn Allah’s love, not knowing whether he would live to see the next sunrise nor sunset. Ya Allah, how ignorant have I been…

Returning home after the camp, I immediately checked upon his blog. Tears wouldn’t stop forming in my eyes as I read his entries; I’m not embarrassed to say that I cried my heart out. I never knew almarhum Mas Afzal personally, but after reading his writing, I was very touched by his inner strength and acceptance. His strength was truly beautiful. Even during his last moments on Allah’s earth, he was as strong as could be. His acceptance of his illness and his love for Allah motivates me to be a better Muslimah… Although unfortunately I’ll never have the chance to thank him for making me realize the importance of life, I wish to offer my prayers and alfatihah for my brother in Islam. May Allah accept Mas Afzal as one of the righteous and place him in Jannah in the hereafter.

POSITIVE REINFORCEMENT

Hijri camp was honestly unlike any other camp that I had attended–its relaxed, encouraging atmosphere was one thing, its creative programmes was another. The main focus of the camp was ‘HIJRAH’, whereby each of the four programmes centered on a different aspect of hijrah–Self-confidence, Emotions, Love and Affection. The programme that I could relate to the most was Love and Affection. I was struck by how true Ustaz Hasrizal’s words were–all parents love their children, but each child preferred and looked for a certain way of love: touches of affection, spoken assurance, spending time together, receiving gifts or receiving acts of service. After taking the test that he gave, I realized that I secretly clamoured for my parents’ assurance more than anything: underneath the facade I wore, I was always insecure of myself and uncertain of my abilities. At the end of the camp, Ustaz Hasrizal explained to the parents the importance of showing their children the right way of love in order to connect and be appreciated by their children.

I’m glad to say that my parents have now understood my needs and have made an effort in strengthen our relationship. I might not agree with everything my parents wish for me, but I know that they wish nothing less but the best for me. After the camp, my parents and I sat down and talked about how we could improve our relationship and aired some issues that were still unresolved between us. At the end of the conversation, my mother hugged me and told me how proud she was of me. I was touched so deeply by her words. And… I was proud of myself for making my mother proud.

My experiences at camp really opened my eyes to what I was missing in life. My life was hectic, filled with school activities and issues that I thought were of vital importance. Rarely did I feel satisfied nor happy nor pleased with myself. Praying to Allah became more of an obligation as a Muslim rather than a profound connection between myself and my Creator, He who gives me life, takes it away and everything else in between. This particular realization hit me after I heard the story of Rabiatul Adawiyah. Told by one of my facilitators, KakAsna, Rabiatul Adawiyah is a noble woman of Islam who has since been an inspiration to me. Her doa’ to God Almighty read: “Ya Allah, should I pray to you in order to receive your Jannah, then send me to the deepest depth of hell.” At that moment, time stopped for me. Tears welled up in my eyes, as did most of us after hearing that noble tale. It astounded me… How strong her love for Allah was, how truly beautiful and pure her devotion towards our creator.

INTROSPECTION

It struck a chord deep in me and at that very second I was so deeply ashamed. Ashamed of myself for praying to Allah just to fulfill my obligation as a Muslim. Ashamed of myself for praying somewhat half-heartedly at times, mind on other matters. Ashamed of myself for not realizing the sweetness of pure iman. Ashamed of myself for ultimately praying my way to reside in His Jannah, when in reality I had done little to deserve such a precious reward. The realization truly opened my eyes towards all my past ignorance… So foolish was I to deny myself such a beautiful connection with my Creator; when Allah had clearly stated that our reason for living is nothing but to worship him.

Returning from HIJRI Camp, I did a lot of thinking. All throughout my life, I’ve not liked myself as a person. I felt as though I had accomplished nothing of importance in my life, and mediocrity was one trait that I would not accept of myself. However, I’ve come to realize something that I wish to define myself as a person. I may not be the cleverest girl around nor the prettiest. However, if I could say that I did my best to be the best Muslimah I could be, then I finally can look in the mirror and like the person that I see reflected in the glass.


InsyaAllah, may my experiences at HIJRI Camp make me a better Muslimah and a better servant of Allah…