Tuesday, August 3, 2010

Subhanaallah


Semalam Ummi sekeluarga dikejutkan dengan perkhabaran mengenai salah seorang anak kepada sahabat keluarga kami mengidap kanser tahap 2.  (sebetulnya Ummi sendiri tidak pasti tahap seriusnya tahap 2 itu)
Kami sekeluarga...infact...sekampung (sebabnya keluarga tersebut merupakan kenalan kampung juga) mendoakan agar Ewa sembuh segera.

Buat Cik Man sekeluarga, harap tabah dalam menempuh dugaan ini.

Semalam, Ummi ada terbaca artikle dari ILUVISLAM magazine mengenai "SELARIKAN KEHENDAK DAN DOA". Artikle itu ada menyebut yang kita sendirilah yang paling "afdal" memohon doa kepada Allah SWT di atas apa jua kehendak kita.  Kerana, hanya kita  sendiri yang betul betul faham dengan kehendak kita.  Kita perlu "bercakap" dengan Allah SWT pada bila bila masa.....untuk mengemukan hajat dan permintaan. 

Semua orang maklum Allah itu Maha Mengetahui, luahkan segala hasrat hati kita kepada-Nya.  sama seperti kita meluahkan masalah kita kepada siapa saja yang kita percayai...

Melalui pengalaman peribadi Ummi sendiri....memang benar, kita akan berasa lebih tenang bila kita bercakap dengan Allah SWT...mengadu kepadaNya.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha mendengar dan mengasihi.

No comments:

Post a Comment