Sunday, November 21, 2010

Cameron Highland - Part 1

Assalamualaikum....
Lama betul tak menjengah di ruangan blog ni......Bz dengan tugas harian yang tak menginzinkan untuk melahirkan luahan di blog ni.

Trip kami ker Cameron Highland ni dah lama dah sebenarnya....saja jer nak berkongsi pengalaman di sini.  Kali terakhir aku dan hubby ke CH masa time kami 'honeymoon' dulu. Year 1998....huishhhh lama sungguh tu...

Kali ni perjalanan ke CH, kami pergi bersama sama keluargaku, Mak Abah dan Linda adikku.  Kak Ngah & Syam tak dapat join kami memandangkan ada urusan yang perlu di selesaikan. 

Kami bertolak dari Homestay kami di Batu Gajah dalam sekitar 9am trus melalui Simpang Pulai ke CH.  Sepanjang perjalanan Aiman & Irfan lah yang paling excited.  1st time experiance mereka ke CH.  Mak, Abah & Linda -  terpancar keseronokan dari wajah mereka.

Hepi...hepi...dalam mobil sebelum sampai ke destinasi
Aiman & Irfan....bergambar bersama kumpulan kaktus.
Irfan & Tok Mak....Irfan pakai jacket macam pegi London...padahal kat CH jer...
Hari pertama kami di CH....kami terus check-in di Homestay Ustaz di .........(udah, tempatnya dah lupa)
Alhamdulillah, rumah flat 3 bilik.  Rumah kami di tingkat 1....selesa, bersih dan kemas. (Lain kali kalau g CH, boleh duduk rumah tu lagi)

Lepas check in....aku dan hubby keluar ke kedai runcit terletak di bangunan belakang Maybank untuk membeli keperluan memasak....apa yang di beli? kami beli beras, bawang, garam, sardin dan telur.
Petang tu, kami keluar melihat persekitaran CH....kami pi lah melawat Rose Valley...

Aiman & Ummi di kelilingi Rose

Umi Su - seronok di kelilingi bunga Ros....walaupun acapkali tercucuk duri. :)

Siap berpusing pusing dalam Rose Valley, puas bergambar dan menghirup bau bauan bunga rose yang segar...kami bergerak ke tempat jualan teh dan kaktus pulak.  Jom tengok gambar yang seterusnya...


Irfan bergambar dengan pasu pasu pokok bonsai
Banyak nya Kaktus....pelbagai bentuk & saiz

2 comments:

  1. hi ummi.. bila nak update blog nih!!

    ReplyDelete
  2. dah update pung.....kekadang tu jer....malas melandaaa

    ReplyDelete