Monday, September 14, 2009

Berasa Mulia dengan Ajaran Islam

~Artikel ini di petik dari Buku Tip-tip cemerlang dari Al-Quran~

Tragedi 11 September, mempunyai hikmahnya.  is membuka ruang kepada orang di barat untuk lebih mengenali Islam.  Mengikut Dr.Walid A. Fatihi dari Harvard Medical School Boston. "(Selepas berlaku tragedi 11 September 2001) pada 15 September 2001, saya, isteri dan anak-anak telah dijemput menghadiri satu program di gereja terbesar di Boston iaitu Trinity Church.  Lebih kurang 1,000 orng telah membanjiri gereja itu temasuk Datuk Bandar Boston.  Saya diminta berucap mewakili Persatuan Islam di Boston.  Dalam ucapan yang saya sampaikan, saya membaca ayat-ayat Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris bagi menjelaskan ajaran Islam yang murni.  Itulah saat yang tidak boleh saya lupakan kerana saya mendapati para hadirin menitiskan air mata selepas mendengar ayat-ayat itu dibacakan.  Selepas majlis itu selesai, seorang wanita menemui saya dan berkata, "Saya tidak memahami bahasa Arab tetapi saya tidak meragui bahawa apa yang kami bacakan tadi ialah Kalam Allah".  Sambil menitiskan air mata wanita itu memberikan sehelai kertas kepada saya.  Di atasnya tertulis, 'Maafkanlah kesalahan kami yang lampau dan yangkini.  Teruskan berdakwah kepada kami'.  Seorang lelaki pula berkata kepada saya, 'Kamu adalah seperti kami, Tidak, kamu adalah lebih baik dari kami'.  Hal ini disebutkan dalam artikel Muslim American Leaders: A wave of Conversion to Islam in the U.S Following September 11 diterbitkan oleh Middle East Media and Research Institute.

No comments:

Post a Comment